Tak Perlu Pening Lagi Pasal Akaun Bisnes Anda! Gunakan Khidmat POSSUM BookManager 

Anda Hanya Fokus Kepada Bisnes Sepenuhnya. Urusan Perakaunan Anda, Hampir Semuanya, Biar BookManager Yang Uruskan.


Apabila Pengurusan Perakaunan Perniagaan Mikro & Kecil Anda Dibuat Oleh Dedicated Account Manager (BookManager)

Setiap pelanggan akan mempunyai seorang DEDICATED ACCOUNT MANAGER (BOOKMANAGER) untuk menguruskan perakaunan perniagaan anda dan memberi khidmat nasihat berkaitan perakaunan anda apabila anda perlukan.

TAK PERLU TANGGUNG KOS TINGGI MENGGAJI PEKERJA

Tak perlu lagi membayar gaji, EPF, SOCSO, elaun kerani & pengurus akaun serta melatih & mengurus pekerja.

KHIDMAT NASIHAT PROFESIONAL PADA BILA-BILA MASA

Hanya rujuk kepada Account Manager anda untuk memahami situasi atau status kewangan anda.

QUOTATION. INVOICE. RECEIPT.
ON-THE-GO

Pantas & mudah untuk keluarkan quotation, invoice & receipt sama ada mobile, tab atau dekstop - Anytime.

Lebih Banyak Masa Terluang & Lebih Jimat

Apabila hampir segalanya dilakukan oleh team profesional berbanding menggaji pegawai akaun anda sendiri.

Lebih Cekap & Lebih Tepat

Tiada yang lebih menggembirakan prospek & pelanggan anda apabila segalanya pantas, cekap dan hampir error-free.

Lebih Mudah Uruskan Aliran Tunai

Maklumat pergerakan aliran tunai perniagaan (business cash flow) untuk memudahkan pemantauan kewangan perniagaan kecil anda.

Lebih Banyak Masa Terluang & Lebih Jimat

Apabila hampir segalanya dilakukan oleh team profesional berbanding menggaji pegawai akaun anda sendiri.

Lebih Cekap & Lebih Tepat

Tiada yang lebih menggembirakan prospek & pelanggan anda apabila segalanya pantas, cekap dan hampir error-free.

Lebih Mudah Uruskan Aliran Tunai

Maklumat pergerakan aliran tunai perniagaan (business cash flow) untuk memudahkan pemantauan kewangan perniagaan kecil anda.

Anda mungkin menghadapi masalah serupa seperti Zack (pemilik bisnes mikro) sebelum melanggan BookManager

Tiada pengetahuan asas & pengalaman menguruskan perakaunan

Perakaunan perlu mengikut kaedah & standard tertentu. Dan, tidak semua usahawan adalah graduan kursus perakaunan.

ATAU ANDA BERMINAT PERGI KURSUS DAN MASUK KELAS BELAJAR PERAKAUNAN?
Tidak boleh fokus kerana kekangan masa & bebanan kerja

Baru nak sentuh buku akaun, pelanggan pulak bertanya itu dan ini. Kemudian terlupa dan berulang lagi setiap hari, begitu.

ATAU ANDA BOLEH TAMBAH PEKERJA AGAR ADA LEBIH MASA DAN TAMBAH KOS OPERASI?
Tidak cukup bajet untuk menggaji kerani & pengurus akaun

Maka terpaksalah menguruskan perniagaan kecilnya tanpa data & info lengkap membuat keputusan di dalam perniagaannya.

ATAU ANDA MEMANG SAJA SUKA BERNIAGA IKUT SEMPAT DAN TIDAK KISAH BERJAYA ATAU TIDAK?

Dan Anda Tidak Sedar & Tahu Bahawa Ada Alternatif Untuk Pengurusan Perakaunan Perniagaan Kecil Yang Lebih Bijak, Jimat, Mudah & Murah di Malaysia

Lebih malang lagi adalah jika anda sememangnya tidak mahu ambil tahu perihal betapa kritikal & pentingnya perakaunan dalam pengurusan perniagaan dan untuk meningkatkan potensi kejayaan perniagaan

01.

Alternatif Lebih Baik Daripada: Menggunakan Perkhidmatan Setiausaha Syarikat

  • Fokus setiausaha syarikat adalah memenuhi keperluan statutori seperti SSM & cukai.
  • Fokus mereka perakaunan & audit untuk submission tahunan. Bukan untuk tujuan pengurusan.
  • Perakaunan tahunan menghapuskan fungsi utama perakaunan.

Fakta!

Perakaunan adalah untuk pengurusan dan membuat keputusan harian di dalam perniagaan

02.

Alternatif Lebih Baik Daripada: Menggaji Kerani & Pengurus Akaun Sendiri

  • Menggaji bermaksud: Gaji asas, elaun, EPF, SOCSO, bonus, kos latihan, penyediaan alat & kelengkapan serta pejabat.
  • Setiap pekerja yang berhenti bermaksud memulakan semula proses pembelajaran.
  • Sedia menghadapi pelbagai kerenah.

Fakta!

Akta pekerjaan yang semakin ketat, kadar gaji & turnover tinggi pekerja menyukarkan perniagaan

03.

Alternatif Lebih Baik Daripada: Membayar Agensi Atau Syarikat Perakaunan

  • Kadar caj standard dikenakan agensi perakaunan adalah tinggi.
  • Caj tinggi ini kerana sasaran mereka kebiasaannya adalah perniagaan yang sudah established.
  • Aplikasi perakaunan selalunya dikenakan caj berasingan dan disediakan oleh pihak ketiga.

Fakta!

BookManager menawarkan caj fleksibel khusus untuk perniagaan kecil dan segalanya in-house.

Kemaskan Perakaunan Anda!

Jika Anda Masih Sangsi Untuk Membuat Keputusan Penting Sebegini Bagi Kejayaan Perniagaan Anda, Mari Kita Fikirkan Beberapa Perkara Bersama

Perakaunan adalah satu sistem, standard, proses berterusan dan bahasa standard dunia perniagaan dan juga kewangan di mana jua.

Berniaga di zaman moden, digital dan internet ini yang penuh kepelbagaian, menyebabkan keperluan kepada pengurusan perakaunan bukan lagi keperluan tetapi adalah kritikal bagi setiap perniagaan.

Tanpa pengurusan perakaunan sempurna, perniagaan anda akan lenyap atau sukar untuk bersaing.

3 Bulan Untuk Mula Memahami & Menikmati Faedah Menguruskan Perakaunan Dengan Sempurna

Daripada pengalaman kami, usahawan akan mula nampak dengan jelas bahawa keputusan mereka untuk mempunyai pengurusan perakaunan yang sempurna adalah antara keputusan terbaik pernah mereka lakukan sebagai usahawan dalam tempoh 3 bulan.

Quote: “Good accounting is the foundation of a successful business.” – Philip E. Humbert.

Lebih Mudah Untuk Meyakinkan Pelabur, Bank & Institusi Pinjaman Lain

Bakal pelabur & institusi pinjaman secara automatik akan lebih mudah yakin dengan potensi perniagaan anda apabila melihat bukti di dalam bentuk laporan perakaunan perniagaan anda yang sempurna.

Ia juga akan memberikan persepsi positif betapa anda mementingkan disiplin pengurusan yang baik di dalam perniagaan anda.

Risiko kepada perniagaan anda jika diuruskan tanpa pengurusan perakaunan sempurna

Anda Menguruskan Perniagaan Dalam Kesamaran Dan Teraba-Raba Mencari Jalan

Bayangkan seperti memandu kereta di dalam kabus tebal dengan jarak pandangan terhad di hadapan anda. Anda berteka-teki dan berjudi dengan nasib sepanjang perjalanan.

Bandingkan pula jika anda boleh melihat jauh ke hadapan, nampak sebarang selekoh atau halangan dengan lebih jelas. Perjalanan anda pun pasti lebih pantas dan lancar.

INFO PERAKAUNAN MEMBANTU USAHAWAN MEMBUAT JANGKAAN KE DEPAN LEBIH TEPAT

Anda Seperti Sesat Menaiki Kenderaan Tanpa Meter Baki Petrol Di Tengah Padang Pasir

Pandangan di tengah padang pasir hampir semuanya serupa dan menyebabkan anda mudah keliru.


Di dalam perniagaan, anda perlu tahu halatuju, sejauh mana dan di mana perniagaan anda berada ketika ini.


Apatah lagi jika tiada petunjuk jelas tentang situasi perniagaan anda seperti pergerakan aliran tunai

INFO PERAKAUNAN MEMBANTU ANDA MENGETAHUI POSISI & SITUASI PERNIAGAAN ANDA

Anda Berkomunikasi Di Dalam Bahasa Yang Tidak Difahami Orang. Hanya Anda Yang Faham

Sistem perakaunan adalah satu set sistem yang standard seperti satu bahasa.

Pelabur, institusi kewangan, konsultan & coach perniagaan yang ingin membantu anda juga "bertutur" di dalam "bahasa" perakaunan yang sama.

Jika mereka tidak mampu memahami anda, bagaimana mereka akan mampu membantu anda

INFO PERAKAUNAN MEMUDAHKAN KOMUNIKASI UNTUK MENJAYAKAN PERNIAGAAN ANDA

Anda Patut Cuba Untuk Lebih Yakin

Quote: “Accounting is not just about numbers. It’s about interpreting those numbers and being able to tell a story about them.” – Rosalind Resnick.

Cubalah BookManager sekurang-kurangnya untuk 3 bulan dan lihat apa kesannya kepada perniagaan dan diri anda sebagai usahawan yang sentiasa sibuk dan komited dengan pengurusan perniagaan anda.

#Cubalah untuk 3 bulan dahulu

Quote: “Accounting is the backbone of the economy, but it doesn’t have to be the heartache of your business.” – Carrie Smith Nicholson.

Tidak rugi untuk mencuba sesuatu yang berpotensi untuk mengubah prestasi perniagaan anda menjadi lebih baik berkali ganda.

#Potensi untuk perniagaan & kehidupan lebih baik

Caj Rendah Untuk Bermula

RM

680

/3 Bulan

Kitaran

Bulanan

Termasuk Transaction Block Asas untuk terus bermula tanpa kos tambahan

RM

1,160

/3 Bulan

Kitaran

Dwi-Mingguan

Termasuk Transaction Block Asas untuk terus bermula tanpa kos tambahan

RM

1,580

/3 Bulan

Kitaran

Mingguan

Termasuk Transaction Block Asas untuk terus bermula tanpa kos tambahan

$

200

/Bulan

Bulanan

PLUS

Caj Blok Transaksi mengikut keperluan

$

360

/Bulan

Dwi-Mingguan

PLUS

Caj Blok Transaksi mengikut keperluan

$

500

/Bulan

Mingguan

PLUS

Caj Blok Transaksi mengikut keperluan

Termasuk Akses Eksklusif Sistem Premium Accounting PERCUMA 100% Dengan Setiap Langganan BookManager.

Ready for MOBILE | TAB | DESKTOP


37 MODUL | untuk memenuhi segala keperluan perniagaan anda.


MOBILE ON-THE-GO | quotation, invoice & receipt - Anytime!


SETTING & KONFIGURASI | dikendalikan sepenuhnya oleh BookManager anda.


Ketenangan Minda, Mudah & Menjimatkan

DEDICATED BOOKMANAGER & TEAM BERPENGALAMAN

Sit back & relax!


Perakaunan anda diuruskan dengan cara terbaik oleh profesional.

KETENANGAN

KERAHSIAAN & KESELAMATAN BAGI PENGURUSAN & DATA

You trade secret is safe!


Setiap data dan maklumat perniagaan anda adalah rahsia perniagaan anda.

KERAHSIAAN

MEMENUHI HAMPIR SEGALA KEPERLUAN PERAKAUNAN ANDA

No extra cost!


Sumber manusia, kepakaran, kaedah dan aplikasi pengurusan, disediakan.

PENJIMATAN

Proses Melanggan Solusi Unik & Khusus BookManager Untuk Perniagaan Kecil Anda

Sertai Waitlist

Klik mana-mana link untuk mengisi info perniagaan anda di borang online Waitlist BookManager

LANGKAH 1
Jemputan Rasmi

Permohonan penyertaan anda akan diproses dan tunggu jemputan rasmi daripada BookManager anda

LANGKAH 2
Langganan

BookManager anda akan menghubungi & membantu anda sehingga selesai proses melanggan dengan mudah

LANGKAH 3

POSSUM BookManager